视频说明
Polis Diraja Thai memfailkan dakwaan terhadap pemandu kereta api yang terbabit perlanggaran maut pada Sabtu dengan bas awam berhampiran Stesen Makkasan Laluan Rel Lapangan Terbang kerana menyebabkan kematian dan kecederaan serius akibat kecuaian.
Dalam satu kenyataan, Balai Polis Metropolitan Makkasan memaklumkan penyiasat mungkin mempertimbangkan untuk memfailkan pertuduhan tambahan selepas melengkapkan pengumpulan bukti dan temu bual saksi.
Menurut kenyataan media dikeluarkan semalam, 17 Mei, polis pada mulanya mendakwa pemandu kereta api itu menyebabkan kematian dan kecederaan serius akibat kecuaian.
Ia menambah pemandu kereta api, yang cedera dalam nahas itu, masih dalam siasatan sementara menerima rawatan.
Kemalangan berlaku kira-kira 3.40 petang di persimpangan kereta api berhampiran Stesen Makkasan di Bangkok, apabila kereta api barang itu melanggar sebuah bas penumpang yang berhenti di landasan, menyebabkan lapan maut.
Nahas itu yang menyebabkan bas berkenaan terbakar, turut mencederakan sekurang-kurangnya 32 orang dan merosakkan beberapa kenderaan lain. Polis berkata, setakat ini, tiada pertuduhan difailkan terhadap pegawai kawalan penghadang kereta api itu, yang disoal siasat.
Sementara itu, polis berkata, pemandu bas terbabit masih dirawat di hospital selepas melecur pada bahagian bawah badan. Polis menegaskan selain prosiding undang-undang, keutamaan adalah untuk membantu mangsa kemalangan.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my