视频说明
Jose Mourinho membuka peluang untuk kembali membimbing Real Madrid apabila mengakui ejennya sedang berhubung dengan kelab gergasi Sepanyol itu, namun pengendali Benfica berkenaan menegaskan tiada tawaran rasmi diterimanya setakat ini dan dia tidak tergesa-gesa membuat keputusan.
Mourinho, 63, membawa Benfica mengharungi musim tanpa kalah dalam Liga Primeira musim ini sebelum menamatkan saingan di tangga ketiga dan kini muncul calon utama menggantikan jurulatih Real, Alvaro Arbeloa, menurut media Sepanyol dan Portugal.
Mourinho yang pernah memenangi gelaran La Liga dan Copa del Rey ketika membimbing Real dalam tempoh tiga tahun sebelum ini, masih mempunyai kontrak bersama Benfica sehingga Jun 2027 dan mengakui kelab Portugal itu sudah menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Arbeloa ketika bercakap menjelang aksi La Liga menentang Sevilla memuji Mourinho dan mengalu-alukan kemungkinan jurulatih Portugal itu kembali ke Santiago Bernabeu selepas pernah mengendalikan kelab berkenaan dari 2010 hingga 2013.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my