视频说明
📍🟡 "Kalau kanak-kanak tak lepas ujian diagnostik, they will be punished. Hukumannya bukan setakat mereka lambat masuk darjah 1, selama-lamanya sampai sekolah rendah ke sekolah menengah, mereka akan satu tahun belakang daripada kawan-kawan lain."
📌 Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq mendesak kerajaan supaya tidak teruskan dengan cadangan kemasukan murid ke Darjah 1 pada usia lebih awal, iaitu 6 tahun.
📌 Terdahulu pada 20 Januari, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah meluncurkan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035. Antara inisiatif yang diumumkan adalah pendidikan prasekolah akan bermula usia 5 tahun manakala pendidikan Darjah 1 akan bermula usia 6 tahun mulai tahun 2027.
📌 Bagaimanapun, kemasukan awal ini adalah secara sukarela dan belum diwajibkan. Kanak-kanak berusia 6 tahun yang didaftar untuk masuk Darjah 1 turut perlu menjalani ujian diagnostik bagi menilai keupayaan psikoemosi, kemahiran tertentu dan tahap kesediaan mereka.