视频说明
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata keputusan terbaru kerajaan membabitkan pelajar aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dapat dicapai hasil perubahan besar dari segi sikap dan penerimaan sepanjang empat dekad lalu.
Perdana Menteri berkata perbincangan mengenai pengiktirafan graduan UEC mula dibangkitkan ketika beliau memegang jawatan Menteri Pendidikan kira-kira 40 tahun lalu, pada waktu sekolah persendirian Cina masih agak terpisah daripada sistem pendidikan kebangsaan.
Beliau turut mengimbau mesyuarat antara pihak berkuasa pendidikan dan pertubuhan pendidikan Cina ketika itu yang sering berlangsung dalam suasana tegang, malah ada wakil yang enggan bertutur dalam bahasa Melayu.
SUPERNAMA SOT
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri
Anwar berkata keadaan hari ini sudah berubah dengan ketara apabila sekolah persendirian Cina menunjukkan keselarasan yang lebih baik dengan kerangka pendidikan kebangsaan.
Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di sebuah hotel di Ipoh hari ini.
----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my