视频说明
olis Selangor berjaya mematahkan empat sindiket pengedaran dadah secara berasingan di sekitar terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Ampang, Selangor pada awal bulan lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dalam serbuan berasingan itu polis berjaya menahan tujuh suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan, tiga lelaki warga asing dan tiga wanita warga asing.
Menurutnya, siasatan mendapati semua suspek yang berusia 17 hingga 31 tahun itu dipercayai berperanan dalam rangkaian pengedaran dadah terbabit.
Shazeli berkata, dalam kes ketiga pada 10 Mei lalu, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing susulan penemuan dua bagasi mencurigakan dikesan semasa melalui mesin imbasan bagasi di terminal KLIA.
Katanya, jumlah keseluruhan dadah jenis bunga ganja dan syabu yang dirampas dalam operasi ini dianggar mampu menampung penggunaan sehingga 839,000 pengguna pada satu-satu masa berdasarkan anggaran 0.3 gram bagi setiap individu.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my