视频说明
Tentera Darat membuat beberapa syarat tambahan bagi pengambilan anggota Tentera Darat yang baharu bagi menambah baik kualiti perkhidmatan.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman, berkata ia termasuk tahap usia sehingga 30 tahun berbanding 27 tahun sebelum ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson, pada 18 Mei.
Azhan berkata, Tentera Darat tidak mengurangkan kualiti anggota tetapi mengambil kira tahap kepakaran atau kebolehan anggota, termasuk dibenarkan mereka yang memakai kacamata.
Azhan berkata, untuk pengambilan siri kali ini, seramai 1,236 Perajurit Muda telah berjaya menamatkan latihan
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my