视频说明
Pagi Jumaat, 26 April 2013, sekitar jam 8.15 pagi… Datuk Shaharuddin Ibrahim keluar dari rumahnya di Dengkil seperti rutin biasa menuju ke Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Putrajaya. Dalam perjalanan ke pejabat, kenderaan Nissan Murano yang dinaiki Datuk Shaharuddin bersama pemandunya, Ahmadi Mohamed Jusoh, 45 (ketika kejadian) berhenti di lampu isyarat di persimpangan Lebuh Sentosa menghala ke Lebuh Wawasan, kira-kira satu kilometer dari Ibu Pejabat Polis Putrajaya. Dalam keadaan trafik biasa dan tanpa sebarang tanda awal, dua lelaki menaiki motosikal menghampiri kenderaan dari sebelah pemandu. Dalam masa beberapa saat, pembonceng motosikal melepaskan tiga das tembakan dari jarak dekat.
#detektifjadian