视频说明
1. Kapcai 2 Beradik - 1:25
Di Kampung Kati terpahat kisah minat mendalam dua beradik terhadap motosikal klasik dan vintaj. Zahiruddin Zahari mula meminati motosikal vintaj selepas abangnya membeli sebuah motosikal kapcai klasik pada harga RM250, yang menjadi titik permulaan minatnya dalam dunia motosikal lama. Minat tersebut turut dikongsi adiknya, Muhd Shukry Zahari, sehingga mereka bersama-sama mendalami bidang modifikasi dan restorasi motosikal klasik. Dari situlah bermulanya kreativiti mereka mengubah suai motosikal lama menjadi lebih menarik sambil mengekalkan nilai nostalgia dan identiti vintajnya.
2. 'Lestanin' Kulit Lestari - 21:38
Lestanin: Kulit Lestari mengetengahkan usaha menghasilkan produk berasaskan kulit dengan pendekatan lebih mesra alam dan berdaya lestari. Melalui kreativiti serta inovasi, bahan kulit diolah menjadi pelbagai produk berkualiti sambil menitikberatkan nilai seni, ketahanan dan kelestarian alam sekitar. Pendekatan ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada industri kraf dan fesyen tempatan, malah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan bahan serta penghasilan produk yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Majalah 3 membawakan keunikan kisah Malaysia dari aspek kemanusian, makanan, teknologi, sukan, alam sekitar dan jatuh bangunnya sebuah negara bernama Malaysia.
#Majalah3 #Majalah32026
Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.youtube.com/@UCCduNupcztaN9sFrHV-fDIg