视频说明
Topik: Minyak Zaitun: Sunnah & Sains |
Bintang Ilmuwan: Ustaz Mohd Azmi Yaacob
Hos: Da'i Hadhari
Minyak zaitun dikenali sebagai makanan Qurani ataupun makanan sunnah. Zaitun disebut sebanyak 7 kali pada 6 surah berbeza didalam Al-Quran. Pohon Zaitun yang dirakam oleh Allah sebagai pohon yang berkat; dituai buahnya kemudian diperah untuk menghasilkan minyak zaitun demi manfaat manusia sejagat. Gesaan untuk makan dan menikmati minyak zaitun ditekankan lagi oleh Baginda Rasul S.A.W melalui pelbagai hadith sebagai galakan untuk makan dan berminyak dengan minyak zaitun. Ilmuan perubatan Islam, Ibn Sina (wafat 247 Hijrah) telah menyatakan dalam karya agung beliau, Qanun Fi Tibb :“Sesungguhnya minyak zaitun yang terbaik untuk kesihatan peribadi adalah minyak zaitun putik/muda”
Elemen sunnah pada minyak zaitun kini dikaji dan dibongkar rahsianya secara saintifik disebalik gesaan Ilahi. Akhirnya, pertemuan antara Sunnah & Sains pada minyak zaitun menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kita kepada Allah Taala betapa unik dan hebatnya kesan beramal dengan minyak zaitun.
#TanyalahUstaz #TanyalahUstaz2026
Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
Facebook: Tanyalah Ustaz TV3