视频说明
Polis Kelantan menjelaskan pemilik salun dan kedai makan, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 35, atau dikenali sebagai Yuyu tidak dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah sebaliknya hanya dilepaskan dengan jaminan mahkamah pada minggu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pertuduhan terhadap wanita itu juga diturunkan daripada Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada Seksyen 39A(1) akta sama ketika prosiding perbicaraan yang membolehkan wanita itu diikat jamin.
Terdahulu, wujud satu akaun menggunakan nama Miss Yuyu di aplikasi TikTok yang mempunyai enam video baharu dimuat naik. Menerusi video berkenaan ia menjadi tanda tanya dan perbualan dalam kalangan netizen mengatakan Yuyu sudah dibebaskan.
Media sebelum ini melaporkan, lima suspek termasuk pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Pasir Mas pada 10 Julai tahun lalu atas tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis pil kuda di tiga lokasi berasingan.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my