视频说明
Topik: E-Along - Bantu Atau Jerat?
Kemunculan perkhidmatan pinjaman wang secara digital atau e-along dilihat memudahkan urusan kewangan kerana prosesnya cepat dan mudah diakses. Namun di sebalik kemudahan itu, ramai yang terjerat dengan kadar faedah tinggi, tekanan bayaran balik serta gangguan yang menjejaskan kehidupan peminjam. Situasi ini menimbulkan persoalan sama ada e-along benar-benar membantu ketika kesempitan kewangan atau sebenarnya menjadi perangkap yang membawa kepada beban hutang lebih besar. Kesedaran tentang pengurusan kewangan dan semakan terhadap sumber pinjaman yang sah amat penting agar pengguna tidak mudah terpedaya.
#MalaysiaHariIni #MHI2026 #MalaysiaHariIni2026
Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
Facebook: MHI TV3