视频说明
📍🟡 "Orang lelaki tetap akan bekerja sehingga satu hari dia dikerandakan dalam masjid. Faham-faham maksud itu. Saya tetap akan kekal bekerja, menyumbang apa yang saya boleh kepada negara, kepada rakyat," kata Azam Baki dalam podcast Kolar Hitam: Bukan Sekadar Operasi.
📌 Azam Baki akan bersara pada hari ini (12 Mei) selepas memegang jawatan sebegai Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak 9 Mac 2020. Azam telah berkhidmat dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan SPRM selama 42 tahun.
📌 Azam berkata dia tidak berminat untuk menceburi bidang politik mahupun perniagaan selepas bersara.
📌 Abdul Halim Aman, bekas hakim Mahkamah Tinggi, akan menggantikan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu berkuat kuasa 13 Mei.