视频说明
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu 16 Mei melancarkan Skim PADURI MADANI di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bertujuan memperkasakan usahawan wanita terutamanya daripada golongan B40.
Inisiatif yang menyasarkan 29,000 usahawan wanita itu terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM5,880 atau pendapatan per kapita RM1,470.
Anwar menerusi ucapannya melahirkan rasa bangga terhadap disiplin tinggi yang ditunjukkan golongan wanita terutama dalam menjelaskan pinjaman mereka berdasarkan rekod pembayaran balik yang cemerlang menerusi AIM.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my