视频说明
Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di https://browse.tonton.com.my/shows/cahaya-anak-lorong-series/seasons/1/episode/cahaya-anak-lorong-S1E13
[HIGHLIGHT] Cahaya Anak Lorong (2026): Ep 13 - Sistem Dunia Sekarang Tak Pernah Backup Kami | Tonton
Dipindahkan ke Sekolah Bimbingan Kasih (SBK), Cikgu Amir (Izzue Islam) hanya mahu keluar secepat mungkin. Di situ, dia berdepan pelajar yang hidup di luar norma, bermasalah dan tiada arah. Sofea (Ranea Ezreen), Bad (Fariz Isqandar) dan Mok (Azrell Iskandar) ialah anak-anak lorong yang hidup dengan cara sendiri, termasuk menyeluk saku untuk bertahan. Kelicikan mereka menarik perhatian Hakimi (Areef Amran), pemuda setempat yang merekrut golongan jalanan sebagai keldai dadah. Sofea yang berjiwa memberontak pula sering mengenakan guru-guru di SBK, termasuk Cikgu Amir yang dilabel sebagai “kekwat”.
Apabila tekanan memuncak, Amir cuba memohon untuk ditukarkan. Namun, dia diberi syarat untuk memastikan pelajar-pelajar tersebut lulus ujian 3M, membaca, menulis dan mengira. Dari situ, dia mula mengenali mereka. Dalam dunia yang penuh manipulasi dan bahaya, mampukah dia benar-benar keluar, atau segalanya akan menariknya lebih dalam?
Pelakon: Izzue Islam, Ranea Ezreen, Fariz Isqandar, Syad Mutalib, Areef Amran
#CahayaAnakLorong