视频说明
Topik: Tentera Bergajah
Bintang Ilmuwan: Ustaz Izmir Fareez
Hos: Da'i Hilman
Kisah Surah Al-Fil merakamkan kebinasaan tentera bergajah pimpinan Abrahah yang angkuh dan ingin meruntuhkan Kaabah demi memenuhi agenda kekuasaan mereka. Namun, sebesar mana pun kekuatan tentera tersebut, Allah SWT menghancurkannya melalui kiriman burung Ababil yang melontar batu-batu kecil sehingga mereka binasa dalam keadaan hina.
Peristiwa ini menjadi pengajaran bahawa kekuasaan, teknologi dan kekuatan manusia tidak mampu menandingi kekuasaan Allah. Dalam dunia hari ini, masih wujud pihak yang menggunakan pengaruh dan kekuatan untuk menindas golongan lemah, seolah-olah kebal daripada pembalasan. Namun kisah Ashabul Fiil mengingatkan bahawa setiap kezaliman pasti ada batasnya, dan keadilan Allah tetap mengatasi segala bentuk keangkuhan manusia.
#TanyalahUstaz #TanyalahUstaz2026
Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
Facebook: Tanyalah Ustaz TV3