视频说明
Suspek lelaki yang didakwa mengurung, mendera dan meliwat seorang remaja lelaki di Bukit Kemuning, Shah Alam, 12 Mei lalu sudah ditahan polis di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek ditahan di bilik sewanya di Kuala Lumpur dan direman selama tiga hari sehingga esok.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Seksyen 9 Shah Alam, pada 18 Mei.
Mengulas lanjut Shazeli berkata, setakat ini siasatan mendapati tiada individu lain yang menjadi mangsa suspek selepas laporan polis dibuat.
Dalam kejadian 12 Mei lalu, polis menerima maklumat kejadian menimpa remaja berusia 14 tahun itu selepas diselamatkan jiran berdekatan.
Siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual sebelum menawarkan satu pakej Internet telefon bimbit, berserta syarat mangsa membantu mengangkat barang dalam rumah.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my