影片說明
Di sebalik keindahan Satun, ada cerita yang jarang kita dengar daripada orang-orang tua di sini.
Mereka berkongsi bahawa masyarakat Melayu Islam di Siam kini sedang melalui perubahan perlahan. Bahasa Melayu semakin jarang digunakan dalam kehidupan harian, terutama dalam kalangan generasi muda, apabila bahasa Siam semakin menjadi bahasa utama. Sedikit demi sedikit, identiti dan warisan Melayu di kawasan ini dilihat semakin berubah mengikut arus zaman.
Walaupun begitu, masyarakat Melayu Islam di Satun masih terus berusaha menjaga agama, bahasa dan budaya mereka agar tidak hilang ditelan waktu. Pertanyaannya.... sampai bila mereka mampu bertahan?
Tonton perjalanan penuh kami meneroka Satun, Thailand di channel RareTV.