影片說明
Topik: Kawasan Sekolah Bukan Tempat Bergegas
Kawasan sekolah merupakan zon yang memerlukan tahap keselamatan tinggi kerana melibatkan murid-murid, guru serta ibu bapa. Namun, masih terdapat segelintir pemandu yang memandu laju, memotong secara berbahaya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya ketika melalui kawasan sekolah.
Sikap tergesa-gesa ini boleh mengundang risiko kemalangan serius, terutama pada waktu puncak seperti awal pagi dan waktu pulang sekolah. Kanak-kanak lebih sukar menjangka bahaya dan kadangkala melintas jalan secara tiba-tiba.
#MalaysiaHariIni #MHI2026 #MalaysiaHariIni2026
Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
Facebook: MHI TV3