影片說明
Dendam lama dipercayai punca pemuda orang kurang upaya (OKU) dibunuh di Padang Lati, Bachok, 15 April lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kes berkenaan dianggap selesai susulan penahanan tujuh suspek berusia 25 hingga 52 tahun termasuk pasangan suami isteri.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan, di Kota Bharu, siang tadi.
Media sebelum ini melaporkan, pemuda OKU pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, maut dipercayai akibat dipukul.
Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia pada jam 12.55 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my