影片說明
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan dirinya tidak terikat dengan saman atau bon RM10 juta daripada PKR, selepas mengumumkan keluar daripada parti itu.
Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, ini kerana beliau dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengumumkan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa terlebih dahulu.
Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman Hala Tuju Politiknya bersama Nik Nazmi di Petaling Jaya pada 17 Mei.
Dalam masa sama, Rafizi berkata, beliau dan Nik Nazmi meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen itu juga adalah bagi mengelak tuduhan cuba melanggar Akta Anti-Lompat Parti.
Katanya, keputusan meletak jawatan itu bagi membolehkan mandat diserahkan kembali kepada rakyat.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my