影片說明
Tak sangka… kampung Melayu di Thailand ini sebenarnya berasal daripada Kedah, malah ramai penduduk di Tanyong Po masih mempunyai saudara-mara di Malaysia hingga ke hari ini.
Orang-orang lama di sini juga bercerita, dahulu urusan keluar masuk Malaysia dan Thailand jauh lebih mudah dan bebas berbanding sekarang. Ada yang boleh ulang-alik untuk bertemu keluarga tanpa banyak urusan seperti hari ini. Tetapi kini semuanya sudah berubah, nak masuk Malaysia pun perlu menggunakan pasport dan melalui pemeriksaan sempadan. Keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan urusan untuk bertemu keluarga, dan jika berpanjangan boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang, malah berisiko terputus antara generasi anak dan cucu.
Walaupun sempadan negara berubah mengikut zaman, hubungan budaya dan darah kekeluargaan masyarakat Melayu di sini masih terasa sangat dekat.
Tonton perjalanan penuh kami meneroka kehidupan masyarakat Melayu Islam di Tanyong Po, Thailand sekarang di channel RareTV. Ada banyak kisah yang mungkin ramai tak pernah tahu sebelum ini.