影片說明
Politik Malaysia ketika ini berada dalam satu fasa yang sangat tidak stabil dan mungkin juga sedang menuju satu penjajaran semula kuasa.
Dalam tempoh beberapa hari sahaja, dua nama besar dalam kerajaan bekas Menteri Ekonomi , Rafizi Ramli, dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil langkah yang mengejutkan ramai, mereka bukan sahaja keluar daripada PKR tetapi juga mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.
Dalam masa yang sama, muncul sebuah entiti politik baharu, Parti Bersama, sebuah parti yang dikatakan mahu membawa pendekatan politik pelbagai kaum, reformasi dasar, dan alternatif kepada landskap politik sedia ada.
Ikuti perbincangan penuh dalam Podcast Explain Sikit, Kini di KiniTV bersama wartawan dan penerbit Mastura Malak dan Editor Berita Malaysiakini, Zikri Kamarulzaman
►Timestamps
2:13 - Adakah Bersama politik yang bijak dan licik atau sebalikny?
7:42 - Kenapa pengumuman keluar PKR sama tarikh dengan konvensyen Pakatan Harapan di Johor ?
15:24 - Adakah nanti Tan yang akan tandatangan watikah?
20:00 - Nak sertai parti Bersama, syaratnya ‘jangan bodoh’
23:37 - Rafizi dan Nik Nazmi ulas kenyataan Tony Pua
33:51 - Ramai yang sertai Bersama, tidak pernah sertai mana-mana parti
36:05 - Dalam tempoh 4 hari, Bersama terima penyertaan seramai 16 ribu
57:31 - ‘You undi KJ, you dapat Zahid Hamidi’
1:01:42- Jika Bersama jadi ‘King Maker’, sudi atau tidak untuk sokong Anwar Jadi Perdana Menteri sekali lagi ?
1:16:36 - Adakah kehadiran Bersama akan pecahkan undi Melayu?
1:19:00 -Ada yang melihat Bersama sebagai ‘parti Rafizi’ dan bukannya gerakan kolektif
#RafiziRamli #NikNazmi #PartiBersama #PKR #TonyPua #partiKancil #AnwarIbrahim
----------------------------------------------------------------------------------
🎙️ Explain Sikit, Kini! ialah podcast berbahasa Melayu yang dibawakan oleh wartawan dan editor KiniTV dan Malaysiakini bersama tetamu jemputan, membincangkan isu-isu panas di sebalik tajuk-tajuk berita utama.
Pengacara : Mastura Malak,Zikri Kamarulzaman
Penerbit: Mastura Malak
Penerbit Kanan: Azreen Madzlan
Penyunting Visual: Firdaus Hanafiah
Jurukamera : Firdaus Hanafiah, Phung Yie Wen
Terbitan: KiniTV
-----
Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami.
Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan: https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitv
Anda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di:
Spotify: https://mk.my/A1IGfbX
Apple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY