影片說明
Honeymoon pertama saya dan isteri,
Kenapa saya bawa dia ke Kars dan Erzurum?
Kenapa tak ke pulau cantik mainstream Turkiye macam Fethiye?
Tak pilih Istanbul sebagai destinasi?
Saya pilih untuk bawa dia ke tanah tinggi Timur Türkiye dipanggil Kars dan Erzurum — tempat yang suhunya boleh drop sampai -30°C.
Saya mahu dia rasa satu perkara:
isteri yang setia di sisi kita waktu susah, layak dibawa melihat dunia dengan cara yang paling bermakna. Belajar melihat realiti dunia. Bukan melancong semata-mata tetapi mengembara mengutip pelajaran sebagai bekalan jiwa anak-anak.
Wilayah Islam yang pernah dijajah oleh Rusia satu ketika dahulu. Masyarakat mereka dibentuk di bawah tekanan dan tekanannya dalam bentuk pentadbiran.
Kars dan Erzurum memiliki nilai yang autentik untuk melihat keaslian sebenar masyarakat Turki yang jarang kita jumpa di Istanbul.
Jangan lupa untuk tonton travelog penuh kami malam ini pukul 9pm, Selasa di channel RareTV!
@goturkiye @goerzurum @go.kars @turkishairlines
#GoTürkiye
#GoKars
#GoErzurum
#turkishairlines
#MYTKVIBES