影片說明
Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di https://browse.tonton.com.my/shows/gemersik-kalbu-series/seasons/1/episode/gemersik-kalbu-S1E12v2
[CLIP] Gemersik Kalbu: Ep 12 - Takkanlah Saya Tak Cam Wajah Yang Terlukis Dihati Saya! | Tonton
Gemersik Kalbu mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri. Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?
Pelakon: Ayu Raudhah, Aqasha, Zain Saidin, Fazren Rafi
#GemersikKalbu