影片說明
Kami singgah ke sebuah rumah Melayu di Satun dan entah kenapa, rasa dia macam pulang ke kampung sendiri.
Bukan sekadar datang bertamu, kami datang untuk menyambung silaturrahim.
Duduk di lantai rumah mereka, mendengar loghat Melayu yang masih tersisa, melihat wajah-wajah yang menyambut kami seperti saudara lama… hati jadi sebak rasanya.
Kerana hakikatnya, Satun ini bukan asing daripada dunia Melayu. Dahulu, bumi ini memang pernah menjadi sebahagian daripada wilayah dan lingkungan masyarakat Melayu.
Cuma hari ini, sempadan telah berubah. Zaman telah berubah. Identiti pun perlahan-lahan diuji.
Tapi di rumah kecil itu, kami masih terasa satu perkara…
Melayu di bumi Satun ini belum hilang, Ia masih ada, masih bernafas, dan masih teguh berdiri.
Kalau korang nak lihat sendiri bagaimana suasana kampung Melayu di Satun, kisah masyarakatnya, dan perjalanan penuh makna ini.
Boleh tonton full video di channel YT RareTV sekarang.
Kadang-kadang, kita baru sedar betapa luasnya jejak dunia Melayu bila kita sendiri sampai dan melihatnya dengan mata sendiri.