影片說明
📍🟡 Kerajaan bakal memperkenalkan satu Pelan MHIT Asas dengan kadar premium serendah RM80 sebulan dan perlindungan tahunan RM100,000 bagi pelan standard.
📌 Ia antara usaha untuk mengekang inflasi tuntutan perubatan serta memastikan akses rawatan swasta kekal mampu milik untuk lebih ramai rakyat Malaysia.
📌 Pelan ini menyasarkan individu yang tidak mempunyai insurans perubatan atau sedang mencari alternatif lebih mampu milik berbanding pelan sedia ada di pasaran. Setakat ini, 78% penduduk Malaysia tidak memiliki insurans perubatan.
📌 Selain itu, Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti cadangan untuk membenarkan pengeluaran simpanan KWSP untuk membayar premium insurans pelan ini.
Video ini dirakam pada 6 Februari 2026.
________________________________________
00:20 Cara pelan MHIT asas berfungsi
01:54 Kritikan pelan MHIT asas
04:03 Pelan standard dan pelan standard plus
06:54 Perbandingan dengan pelan MHIT sedia ada di pasaran
08:37 Kena bayar RM15,000 sebelum guna insurans?
10:58 Had maksimum deduktibel insurans di negara lain
12:51 Guna simpanan KWSP untuk premium pelan MHIT asas?