影片說明
KUALA LUMPUR, 4 Jun – Lima penumpang cedera dalam satu insiden di dalam tren Laluan Kelana Jaya berhampiran Stesen Dang Wangi petang tadi apabila sistem keselamatan automatik diaktifkan dan menyebabkan tren berhenti secara mengejut.
Rapid KL dalam kenyataan menyatakan situasi itu menyebabkan seorang penumpang hilang imbangan sehingga botol air yang dipegangnya terlanggar panel kaca di bahagian sisi tempat duduk sekaligus mengakibatkan panel kaca pecah dan serpihannya terkena beberapa penumpang.
Dua daripada mangsa cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut, manakala tiga lagi menerima rawatan di lokasi.
Tren terbabit telah dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk pemeriksaan teknikal dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM:
Portal Rasmi Berita RTM
https://berita.rtm.gov.my
Twitter Rasmi Berita RTM
https://twitter.com/beritartm
Facebook Rasmi Berita RTM
https://www.facebook.com/BeritaRTM
Instagram Rasmi Berita RTM
https://www.instagram.com/beritartm
Youtube Rasmi Berita RTM
Main channel:
https://www.youtube.com/c/BeritaRTMBES
Backup channel:
https://www.youtube.com/c/SaluranBeritaRTM123
TikTok Rasmi Berita RTM
https://www.tiktok.com/@beritartm
Terima kasih rakyat Malaysia kerana sentiasa setia bersama kami.
'Yang sahih di RTM'
#RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja