影片說明
Ahli Parti Bersama Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, mendedahkan bahawa Parti Bersama berjaya menarik lebih 16,000 ahli hanya dalam tempoh empat hari selepas pelancarannya.
Menariknya, menurut Rafizi dan Nik Nazmi, majoriti yang menyertai bukanlah daripada PKR semata-mata, malah ramai terdiri daripada rakyat yang sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana parti politik.
Mereka turut berkongsi bagaimana sokongan terhadap Bersama datang daripada pelbagai latar belakang, termasuk bekas penyokong PH, PAS dan Umno, yang dilihat semakin kecewa dengan politik lama dan mencari alternatif baharu. Rafizi berkata fenomena itu menunjukkan wujudnya kelompok besar pengundi yang sudah muak dengan kitaran politik sedia ada dan mahukan pendekatan politik yang lebih segar untuk masa depan negara.
Sumber video: https://youtu.be/UPTS6vUDVAc