影片說明
Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Johor sebagai medan ujian terbesar buat PH dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, negeri itu bukan sahaja mempunyai kepentingan strategik, malah melibatkan lebih 2.7 juta pengundi termasuk lebih 100,000 pengundi baharu, menjadikannya penentu penting dalam menilai tahap sokongan rakyat terhadap gabungan tersebut.
Menurutnya, pelbagai pandangan termasuk pendekatan lebih keras atau sederhana telah dibincangkan dalam Konvensyen PH 2026, dan semua cadangan itu akan diperhalusi oleh Majlis Presiden sebelum strategi muktamad ditentukan bagi menghadapi PRN Johor dan PRU-16.