影片說明
Kalau nak menyewa kereta, menyewalah dengan penuh tanggungjawab.
Individu ini telah menyewa kereta saya sejak hari Isnin. Bila tiba masa untuk pulangkan kereta, bermacam-macam alasan dan janji diberikan. Hari demi hari ditangguhkan sehingga akhirnya kereta ditinggalkan begitu sahaja di tepi jalan tanpa sebarang penyerahan yang sepatutnya.
Bayaran sewaan pula masih belum diselesaikan sepenuhnya.
Yang lebih mengecewakan, apabila kenderaan diperiksa, terdapat botol-botol minuman keras ditinggalkan di dalam kereta.
Susah sangat ke nak jadi orang yang bertanggungjawab? Kalau mampu menyewa, sepatutnya mampu juga menunaikan janji dan menyelesaikan bayaran.
Saya beri peluang untuk individu ini menghubungi saya dan menyelesaikan perkara ini secara baik. Jangan sampai perkara ini terpaksa dibawa ke saluran yang lebih serius.