影片說明
Minggu kelapan MPL MY Season 17 akhirnya menjawab segala persoalan pasukan mana yang berjaya melayakkan diri ke playoffs, dan pasukan mana yang terpaksa menamatkan perjalanan mereka musim ini.
Antara kejutan terbesar minggu ini ialah apabila BTRM berjaya menewaskan Invictus Gaming dengan kemenangan bersih 2-0, sekali gus mengejutkan ramai peminat dan komuniti MPL MY. Dalam masa yang sama, RRQ turut berjaya mendapatkan kemenangan penting ke atas Team Rey, menyebabkan peluang terakhir AC untuk mara ke playoffs akhirnya tertutup sepenuhnya.
Selain membincangkan aksi-aksi penting menuju ke playoffs, episod kali ini turut menyentuh mengenai lineup skuad negara bagi Asian Games, termasuk pemain-pemain yang bakal mewakili Malaysia di bawah bimbingan Coach SaintDeLucaz dari Team Rey, yang akan memimpin skuad negara ke Jepun nanti.
Saksikan perbincangan penuh bersama Abang Lord, Nevinne, Coach Rainn, Mars, dan Sunfrost mengenai persediaan pasukan-pasukan MPL MY menjelang playoffs yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Jangan lupa Like, Comment & Subscribe untuk lebih banyak content MPL Talk setiap minggu.
#MPLMY #MPLMYS17 #MPLTalk #Todak #MLBB