影片說明
Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli berkata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bertanggungjawab atas kegagalan kerajaan meredakan ketegangan kaum dan agama di negara ini.
Menurutnya, ini kerana presiden PKR itu bimbang langkah menangani isu perkauman akan menimbulkan kemarahan Umno.
Dia berkata demikian ketika dijemput sebagai tetamu jemputan bersama Nik Nazmi Nik Ahmad dalam episod terbaru podcast KiniTV Explain Sikit yang dihoskan Mastura Malak dan Zikri Kamarulzaman.
Dalam perbincangan mendalam ini, Bekas pemimpin PKR Rafizi & Nik Nazmi turut menyentuh bagaimana politik lama yang berasaskan kaum dan sejarah terus menjadi ‘beban’ kepada Malaysia hingga hari ini. Menurut beliau, kebanyakan rakyat sebenarnya lebih mahu kerajaan memberi fokus kepada kos sara hidup, ekonomi, pendidikan dan masa depan negara bukannya terus terperangkap dalam polemik perkauman yang tidak berkesudahan.
Podcast penuh di : https://youtu.be/K4GajVCYmfU?si=zYzgEnWmpCulfwPR