影片說明
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata desakan disuarakan pihak tertentu supaya siasatan dilakukan terhadap projek mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR-INSAN) berada di luar kawalan pihaknya.
Sebaliknya, beliau berkata fokus utama kementerian ketika ini adalah untuk memastikan pelaksanaan program berkenaan dapat diteruskan, sekali gus memberi manfaat dan membantu meningkatkan pendapatan golongan sasar khususnya warga asnaf.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kerjasama Strategik Kementerian Ekonomi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di bawah Program IPR-INSAN di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 16 Mei.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my