影片說明
Politik Malaysia ketika ini berada dalam satu fasa yang sangat tidak stabil dan mungkin juga sedang menuju satu penjajaran semula kuasa.
Dalam tempoh beberapa hari sahaja, dua nama besar dalam kerajaan bekas Menteri Ekonomi , Rafizi Ramli, dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil langkah yang mengejutkan ramai, mereka bukan sahaja keluar daripada PKR tetapi juga mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.
Dalam masa yang sama, muncul sebuah entiti politik baharu, Parti Bersama, sebuah parti yang dikatakan mahu membawa pendekatan politik pelbagai kaum, reformasi dasar, dan alternatif kepada landskap politik sedia ada.
Ikuti perbincangan penuh dalam Podcast Explain Sikit, Kini di KiniTV bersama warwatan dan penerbit Mastura Malak dan Editor Berita Malaysiakini, Zikri Kamarulzaman.
Podcast penuh di : https://youtu.be/K4GajVCYmfU?si=zYzgEnWmpCulfwPR