影片說明
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menyiasat sebuah syarikat yang didakwa menawarkan latihan perubatan kecantikan dan estetik palsu, selain menggunakan nama Universiti Malaya (UM) secara tidak sah.
Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata pihaknya menerima aduan daripada lima mangsa penipuan yang mendakwa kerugian lebih RM100,000 setiap seorang akibat diperdaya.
Katanya, semua mangsa sudah mengikuti latihan dilaksanakan di sebuah hotel dan hanya mengetahui ditipu apabila menerima sijil perakuan menggunakan logo UM secara tidak sah.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma MCA di Kuala Lumpur pada 18 Mei.
Turut hadir tiga wanita yang menjadi mangsa penipuan, selain Presiden Pertubuhan Doktor Estetik Berdaftar Malaysia (PDEBM), Dr Ungku Mohd Shahrin Ungku Mohd Zaman serta Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan Kebangsaan MCA, Ivan Tan.
Menurut Michael, setiap mangsa didakwa membayar antara RM100,000 hingga RM180,000 untuk mengikuti kursus terbabit, malah ada antara mereka kini menerima ugutan daripada ejen kutipan hutang selepas gagal membuat bayaran penuh yuran kursus.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my