影片說明
Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di https://browse.tonton.com.my/shows/30-pesanan-suara/seasons/1/episode/30-pesanan-suara-S1E10
[CLIP] 30 Pesanan Suara: Ep 10 - Tak Nak Fatin, Lepaskan Dia Dengan Cara Baik | Tonton
Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Izman (Shukri Yahaya), Syafira (Hannah Delisha) dan Iman (Saharul Ridzwan). Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira demi arwah Iman walaupun ditentang keras oleh ibunya sendiri, Puan Intan (Zarina Zainuddin).
Pelakon: Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin
#30PesananSuara